Skip to main content

Dipukau Majikan RM 56,000.00


Seorang wanita kerugian wang simpanan RM56,000 selepas mendakwa dipukau majikannya untuk menyerahkan wang terbabit, kononnya untuk kegunaan modal pusingan perniagaan kilang perabot, baru-baru ini.
Mangsa dikenali sebagai Leong, 24, berkata ia berlaku selepas beliau terdesak memerlukan kerja untuk membantu menambah wang membiayai kos perubatan ibunya yang mengidap kanser tahap empat.
Beliau yang berasal dari Kajang, memohon kerja sebagai kerani kilang perabot di Semenyih, Selangor selepas melihat iklan di sebuah akhbar Cina tempatan sebelum diterima bekerja 1 April lalu.
Leong berkata, selepas kira-kira seminggu bekerja, majikan dikenali sebagai Madam Lim berusia dalam lingkungan 30-an, beberapa kali menyatakan hasrat mahu meminjam wang untuk dijadikan modal pusingan perniagaan.
"Apa yang saya ingat, Madam Lim berbisik ke telinga saya dan menggunakan kata-kata manis, menyebabkan saya mengikut kehendaknya tanpa disedari.
"Saya serahkan wang menerusi tiga transaksi secara dalam talian ke akaun menggunakan nama orang lain antara 9 April sehingga 20 April lalu," katanya pada sidang media di pejabat Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA di sini, hari ini.
Leong mendakwa, semua wang itu adalah milik ibunya yang disimpan dalam akaun simpanan tetap di bawah namanya.
"Wang itu sepatutnya digunakan untuk menanggung kos kemoterapi kanser payu dara dihidapi ibu saya.
"Saya 'tersedar' menjadi mangsa penipuan selepas Madam Lim menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi pada 29 Mei lalu," katanya.
Pada hari terbabit, katanya beliau dan dua rakan sekerja mendapati pejabat berkunci manakala Madam Lim gagal dihubungi.
Leong mendakwa, dua lagi rakannya itu turut mangsa penipuan suspek sama membabitkan wang lebih RM50,000, selain turut meminjam wang daripada 'ah long' untuk 'membantu' wanita itu.
Susulan itu, Leong membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang pada 17 Mei lalu sebelum membuat aduan di Biro Pengaduan MCA, hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Biro Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong, mengingatkan anak muda yang terdesak mahukan pekerjaan supaya berhati-hati ketika membuat permohonan kerja agar tidak menjadi mangsa sindiket penipuan.
Sumber : Bharian Online

Popular posts from this blog

‘Kalau Nak Popular Pun, Tak Payah La Tunjuk Lurah…’ Netizen Kritik Zizi Kirana

Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan hip hop tempatan Fabulous Cat. Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama, Zizi mengambil keputusan bergerak solo. Perwatakan lincah penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini sering mendapat perhatian netizen. Semalam hangat di media sosial apabila dia tampil agak seksi di media sosial. Ramai yang mengkritik penampilannya itu dan menganggap ianya tidak sesuai sebagai imej seorang wanita Islam. Apa pendapat korang? Bolehkah saya menjadi secretary hidup awak?

Zizi Kirana menerusi Instagramnya memuat naik sekeping gambar menunjukkan bahagian dadanya yang terdedah. Seperti biasa, gambar sebegitu pasti mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya mengecam perbuatan Zizi. Di ruangan komen, ramai beranggapan Zizi tidak sepatutnya berpakaian sedemian memandangkan dirinya dikenali ramai. Tidak kurang juga yang mendakwa Zizi mencuba mencari publisiti murahan. ‘Kenapa semakin lama semakin…

“Ni nak jual lagu ke jual badan? Dah macam penari tiang.” – Netizen maki hamun video muzik Kilafairy

Bagi yang mengenali pelakon Kilafairy, tidak dinafikan anak kepada Rohana Jalil itu mempunyai bibir yang seksi persis aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Bukan hanya pelakon, beliau kini telah melebarkan sayap menjadi seorang penyanyi. Terbaru, Kilafairy muncul dengan single sulung yang berjudul Put The Word In dan video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di platform YouTube pada Jumaat lalu. Namun, video muzik itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata mengecam konsep video yang kelihatan jalan cerita berterabur dan tidak difahami serta suara penyanyi yang terlalu autotune. Tidak kurang ada juga netizen yang menjadikan Kilafairy seolah-olah sebagai simbol seks dengan aksi-aksi mengghairahkan di dalam video muzik bersama-sama Sean Kingston dan Dj Aku Ash itu. Sumber : Media Gempak

‘Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tidak Layak’ – Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?

Selepas tampil dengan single ‘Abang Nak Tegur’, jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri kini bergelar seorang pelakon pula. Di laman sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik hasil lakonannya secara keterlaluan meskipun masih belum menonton filem tersebut. Di facebook, seorang pengarah Sharulezad Mohameddin memuat naik status memberi pandangan peribadinya berkenaan isu ini. Di ruangan komen, pelakon berbakat Amyza Aznan turut memberi respon.

Menurut Shahrulezad, sebagai seorang pelakon seseorang perlulah menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai. Dia sendiri walaupun sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia masih dikritik tetapi dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Pelakon berbakat, Amyza Aznan turut meninggalkan komen berkenaan isu ini. Menurutnya, dia sendiri tidak pernah meratap mahu bakatnya dihargai. Sumber : Media Gempak