Skip to main content

Suri Rumah Rugi RM34,150 Diperdaya 'Parcel Scam'


Seorang suri rumah di sini kerugian RM34,150 akibat terpedaya dengan sindiket 'parcel scam' atau penipuan kiriman bungkusan dipercayai kerana terlalu mudah percaya dengan kata-kata manis lelaki warga asing.
Difahamkan mangsa yang berusia 56 tahun berkenalan dengan lelaki berkenaan di Facebook yang memperkenalkan diri sebagai Mohd Kadir Ibrahim pada hujung bulan lalu.
Tanpa bersua muka dan hanya berhubung secara dalam talian, mangsa yang tinggal di Tembangau di sini, mudah terpedaya dengan pujukan suspek serta mempercayainya tanpa usul periksa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa sering berhubung dengan suspek melalui WhatsApp menggunakan nombor didaftarkan di luar negara iaitu +447938458540.
"Selepas beberapa hari berkenalan, suspek memberitahu dia sudah menghantar sepasang kasut sebagai hadiah perkenalan. Isnin lalu mangsa dihubungi seorang wanita memperkenalkan diri sebagai Nor Azira Ahmad yang memaklumkan barangan berkenaan sudah sampai di Kuala Lumpur.
"Wanita itu memberitahu untuk mengambil barangan itu mangsa perlu membayar caj penghantaran barangan berjumlah RM3,900. Tanpa berfikir panjang mangsa memasukkan wang berkenaan ke satu akaun CIMB diberikan," katanya di sini, hari ini.
Katanya, wanita berkenaan kemudiannya menghubungi mangsa memaklumkan ada wang sebanyak AS$300,000 (RM1.16 juta) dalam bungkusan dan perlu membayar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM7,900 untuk mendapatkannya.
"Mangsa yang tidak membuat semakan terus memasukkan wang berkenaan ke dalam akuan sama sebelum suspek sekali lagi memintanya membayar lagi GST berjumlah RM22,350," katanya.
"Mangsa kemudian memasukkan wang itu ke akaun sama pada Selasa lalu, namun tidak lama selepas itu dia gagal menghubungi wanita berkenaan lalu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bera untuk siasatan," katanya.
Mohd Wazir berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti pemilik akaun bank berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Sumber : Berita Harian

Popular posts from this blog

‘Kalau Nak Popular Pun, Tak Payah La Tunjuk Lurah…’ Netizen Kritik Zizi Kirana

Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan hip hop tempatan Fabulous Cat. Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama, Zizi mengambil keputusan bergerak solo. Perwatakan lincah penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini sering mendapat perhatian netizen. Semalam hangat di media sosial apabila dia tampil agak seksi di media sosial. Ramai yang mengkritik penampilannya itu dan menganggap ianya tidak sesuai sebagai imej seorang wanita Islam. Apa pendapat korang? Bolehkah saya menjadi secretary hidup awak?

Zizi Kirana menerusi Instagramnya memuat naik sekeping gambar menunjukkan bahagian dadanya yang terdedah. Seperti biasa, gambar sebegitu pasti mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya mengecam perbuatan Zizi. Di ruangan komen, ramai beranggapan Zizi tidak sepatutnya berpakaian sedemian memandangkan dirinya dikenali ramai. Tidak kurang juga yang mendakwa Zizi mencuba mencari publisiti murahan. ‘Kenapa semakin lama semakin…

“Ni nak jual lagu ke jual badan? Dah macam penari tiang.” – Netizen maki hamun video muzik Kilafairy

Bagi yang mengenali pelakon Kilafairy, tidak dinafikan anak kepada Rohana Jalil itu mempunyai bibir yang seksi persis aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Bukan hanya pelakon, beliau kini telah melebarkan sayap menjadi seorang penyanyi. Terbaru, Kilafairy muncul dengan single sulung yang berjudul Put The Word In dan video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di platform YouTube pada Jumaat lalu. Namun, video muzik itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata mengecam konsep video yang kelihatan jalan cerita berterabur dan tidak difahami serta suara penyanyi yang terlalu autotune. Tidak kurang ada juga netizen yang menjadikan Kilafairy seolah-olah sebagai simbol seks dengan aksi-aksi mengghairahkan di dalam video muzik bersama-sama Sean Kingston dan Dj Aku Ash itu. Sumber : Media Gempak

‘Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tidak Layak’ – Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?

Selepas tampil dengan single ‘Abang Nak Tegur’, jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri kini bergelar seorang pelakon pula. Di laman sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik hasil lakonannya secara keterlaluan meskipun masih belum menonton filem tersebut. Di facebook, seorang pengarah Sharulezad Mohameddin memuat naik status memberi pandangan peribadinya berkenaan isu ini. Di ruangan komen, pelakon berbakat Amyza Aznan turut memberi respon.

Menurut Shahrulezad, sebagai seorang pelakon seseorang perlulah menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai. Dia sendiri walaupun sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia masih dikritik tetapi dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Pelakon berbakat, Amyza Aznan turut meninggalkan komen berkenaan isu ini. Menurutnya, dia sendiri tidak pernah meratap mahu bakatnya dihargai. Sumber : Media Gempak