Skip to main content

“Macam mana nak naik kalau orang lama tak bagi ruang” - Altimet


PENYANYI rap Altimet yang bakal bersara daripada bidang nyanyian pada akhir tahun ini berharap ketiadaannya nanti dapat membuka ruang kepada pendatang baharu mengisi kekosongan ditinggalkannya.

Altimet berkata, sebagai seorang 'veteran' dalam bidang hip hop, perkara itu adalah salah satu sebab dia ingin bersara selain mahu melihat genre itu terus berkembang dengan kehadiran bakat baharu.
"Macam mana orang baru hendak naik kalau orang lama tak buka ruang itu?

"Jadi demi kemajuan hip hop, orang 'veteran' seperti saya kena buka ruang itu kerana saya mahu wujudkan kelompongan itu supaya ada yang mengisinya," katanya.



Altimet muncul dengan album baharu, Air.

Altimet pernah membuat pengumuman nekad bersara pada hari lahirnya yang ke-40 pada 27 November depan.

Pemilik nama sebenar Ahmad Abdul Rahman itu berkata, sudah tiba masanya dia berubah angin ke bidang lain.

Altimet bagaimanapun berkata, dia masih terlibat dalam bidang muzik namun sekadar di belakang tabir termasuk memberi tumpuan kepada gubahan dan penulisan lagu.

Dalam pada itu, Altimet berkata, penyanyi rap generasi baharu seperti Sonaone, Aman Ra, Akeem Jahat dan Alif dilihat mempunyai potensi besar untuk membawa genre itu ke tahap lebih tinggi.



Sonaone.
Kata Altimet, sejak di awal kemunculan mereka, dia memang memandang tinggi kebolehan dan bakat dimiliki serta yakin mereka mampu pergi jauh sekiranya diberi peluang.

"Mereka memang berbakat besar dan mempunyai potensi kerana keunikan yang ada pada diri masing-masing.

"Saya yakin nama-nama ini mampu membawa perubahan kepada hip hop pada masa hadapan," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Altimet yang muncul dengan album terbaharu berjudul Air memberitahu bakal berehat seketika menjelang Ramadan untuk persiapan album terakhirnya yang dijangka berada di pasaran sebelum dia bersara.

Sumber : Mstar Online

Popular posts from this blog

‘Kalau Nak Popular Pun, Tak Payah La Tunjuk Lurah…’ Netizen Kritik Zizi Kirana

Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan hip hop tempatan Fabulous Cat. Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama, Zizi mengambil keputusan bergerak solo. Perwatakan lincah penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini sering mendapat perhatian netizen. Semalam hangat di media sosial apabila dia tampil agak seksi di media sosial. Ramai yang mengkritik penampilannya itu dan menganggap ianya tidak sesuai sebagai imej seorang wanita Islam. Apa pendapat korang? Bolehkah saya menjadi secretary hidup awak?

Zizi Kirana menerusi Instagramnya memuat naik sekeping gambar menunjukkan bahagian dadanya yang terdedah. Seperti biasa, gambar sebegitu pasti mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya mengecam perbuatan Zizi. Di ruangan komen, ramai beranggapan Zizi tidak sepatutnya berpakaian sedemian memandangkan dirinya dikenali ramai. Tidak kurang juga yang mendakwa Zizi mencuba mencari publisiti murahan. ‘Kenapa semakin lama semakin…

“Ni nak jual lagu ke jual badan? Dah macam penari tiang.” – Netizen maki hamun video muzik Kilafairy

Bagi yang mengenali pelakon Kilafairy, tidak dinafikan anak kepada Rohana Jalil itu mempunyai bibir yang seksi persis aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Bukan hanya pelakon, beliau kini telah melebarkan sayap menjadi seorang penyanyi. Terbaru, Kilafairy muncul dengan single sulung yang berjudul Put The Word In dan video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di platform YouTube pada Jumaat lalu. Namun, video muzik itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata mengecam konsep video yang kelihatan jalan cerita berterabur dan tidak difahami serta suara penyanyi yang terlalu autotune. Tidak kurang ada juga netizen yang menjadikan Kilafairy seolah-olah sebagai simbol seks dengan aksi-aksi mengghairahkan di dalam video muzik bersama-sama Sean Kingston dan Dj Aku Ash itu. Sumber : Media Gempak

‘Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tidak Layak’ – Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?

Selepas tampil dengan single ‘Abang Nak Tegur’, jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri kini bergelar seorang pelakon pula. Di laman sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik hasil lakonannya secara keterlaluan meskipun masih belum menonton filem tersebut. Di facebook, seorang pengarah Sharulezad Mohameddin memuat naik status memberi pandangan peribadinya berkenaan isu ini. Di ruangan komen, pelakon berbakat Amyza Aznan turut memberi respon.

Menurut Shahrulezad, sebagai seorang pelakon seseorang perlulah menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai. Dia sendiri walaupun sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia masih dikritik tetapi dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Pelakon berbakat, Amyza Aznan turut meninggalkan komen berkenaan isu ini. Menurutnya, dia sendiri tidak pernah meratap mahu bakatnya dihargai. Sumber : Media Gempak