Skip to main content

Faye Kusairi Dapat Anak Pada Hari Ulang Tahun Kahwin

Manis pengalaman dilalui pelakon Faye Kusairi yang selamat melahirkan putera sulungnya pada ulang tahun pertama perkahwinannya dengan pengarah, Azmi Hatta, Isnin lalu.
Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Adnil Awang Kusairi teruja berkongsi detik melahirkan si comel seberat tiga kilogram secara normal pada jam 10.45 malam, Isnin lalu.


"Semua ini suatu keindahan yang tidak terduga... Bukan saja meraikan ulang tahun perkahwinan pertama, saya dapat pula cahaya mata sulung.
"Saya tak sangka anak ini hadir pada pada hari kami genap setahun berkahwin. Jika ikut perkiraan, anak kami lahir lebih awal iaitu pada 7 April lalu.
"Begitu besar kuasa Tuhan," katanya kepada BH Online.
Tambah Faye, dia dan suami menamakan anak mereka, Alif.
"Kami beri nama ringkas, Alif. Bagi kami ia sangat bermakna kerana ia adalah huruf jawi pertama," katanya yang berpantang di rumah ibunya di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, dekat sini.
Sumber : Berita Harian

Popular posts from this blog

‘Kalau Nak Popular Pun, Tak Payah La Tunjuk Lurah…’ Netizen Kritik Zizi Kirana

Sebelum ini, penyanyi Zizi Kirana pernah menjadi salah seorang anggota kumpulan hip hop tempatan Fabulous Cat. Selepas beberapa tahun mencapai kejayaan bersama, Zizi mengambil keputusan bergerak solo. Perwatakan lincah penyanyi yang berasal dari Semporna, Sabah ini sering mendapat perhatian netizen. Semalam hangat di media sosial apabila dia tampil agak seksi di media sosial. Ramai yang mengkritik penampilannya itu dan menganggap ianya tidak sesuai sebagai imej seorang wanita Islam. Apa pendapat korang? Bolehkah saya menjadi secretary hidup awak?

Zizi Kirana menerusi Instagramnya memuat naik sekeping gambar menunjukkan bahagian dadanya yang terdedah. Seperti biasa, gambar sebegitu pasti mengundang pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-ratanya mengecam perbuatan Zizi. Di ruangan komen, ramai beranggapan Zizi tidak sepatutnya berpakaian sedemian memandangkan dirinya dikenali ramai. Tidak kurang juga yang mendakwa Zizi mencuba mencari publisiti murahan. ‘Kenapa semakin lama semakin…

“Ni nak jual lagu ke jual badan? Dah macam penari tiang.” – Netizen maki hamun video muzik Kilafairy

Bagi yang mengenali pelakon Kilafairy, tidak dinafikan anak kepada Rohana Jalil itu mempunyai bibir yang seksi persis aktres antarabangsa, Angelina Jolie. Bukan hanya pelakon, beliau kini telah melebarkan sayap menjadi seorang penyanyi. Terbaru, Kilafairy muncul dengan single sulung yang berjudul Put The Word In dan video muzik lagu tersebut telah dimuat naik di platform YouTube pada Jumaat lalu. Namun, video muzik itu telah mendapat kritikan hebat daripada netizen yang rata-rata mengecam konsep video yang kelihatan jalan cerita berterabur dan tidak difahami serta suara penyanyi yang terlalu autotune. Tidak kurang ada juga netizen yang menjadikan Kilafairy seolah-olah sebagai simbol seks dengan aksi-aksi mengghairahkan di dalam video muzik bersama-sama Sean Kingston dan Dj Aku Ash itu. Sumber : Media Gempak

‘Ini Tempat Kami Cari Makan, Dia Tidak Layak’ – Pengarah & Amyza Aznan Selar Aliff Syukri?

Selepas tampil dengan single ‘Abang Nak Tegur’, jutawan kosmetik Dato’ Aliff Syukri kini bergelar seorang pelakon pula. Di laman sosial, Aliff Syukri meluahkan rasa kecewa dengan segelintir netizen yang mengkritik hasil lakonannya secara keterlaluan meskipun masih belum menonton filem tersebut. Di facebook, seorang pengarah Sharulezad Mohameddin memuat naik status memberi pandangan peribadinya berkenaan isu ini. Di ruangan komen, pelakon berbakat Amyza Aznan turut memberi respon.

Menurut Shahrulezad, sebagai seorang pelakon seseorang perlulah menerima kritikan dan pandangan daripada orang ramai. Dia sendiri walaupun sudah 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni, dia masih dikritik tetapi dia melihat perkara itu sebagai sesuatu yang positif.

Pelakon berbakat, Amyza Aznan turut meninggalkan komen berkenaan isu ini. Menurutnya, dia sendiri tidak pernah meratap mahu bakatnya dihargai. Sumber : Media Gempak